DIARY MISTRESS FACEBOOK TWITTER WE♡IT NEWER OLDER +FOLLOW
Muslim Kpopper
Hai dear. Semua sudah sedia maklum tahu Nena merupakan seorang Kpoppers. Hari tu kpoppers telah mendapat sentap berjemaah apabila keluar satu artikel menyatakan bahawa seorang kpoppers tegar telah bertaubat ke jalan benar, iaitu jalan Allah. Bukan maksud Nena mereka  yang meminati kpop ni berada dalam landasan salah. Maksud Nena 'dia' tu telah meninggalkan dunia kpop yang digilai nya itu.

Setelah Nena membaca artikel itu sampai habis, Nena taklah sentap sangat cume Nena berasa Muslim apakah Nena ni? Layakkah Nena dipanggil Muslim? Nena rase sangat kerdil. Adakah Nena Islam pada name sahaja. Nena yang suka berfangirling sampai tak ingat dunia, spazzing sampai lupa untuk melakukan tanggungjawab, layakkah Nena. Ayah Nena selalu mengingatkan Nena "jangan leka sangat layan kafir kafir tu" tapi bagi Nena, Nena tak leka sebab Nena masih menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Tapi cukup ke amalan yang nak bawa ke akhirat? Cukup ke buat wajib je? Macam mane dengan perkara sunnat? Setalah bace artikel tu Nena sedar, Nena dah hanyut. 

Baru sekarang Nena sedar amalan yang Nena buat tak banyak mane pun. Sedangkan Nabi yang takde dosa pun bersusah payah cari pahala, nape Nena leka? Nena ade berhasrat nak pergi concertapi bila Nena bace artikel tu, rase nak pergi concert macam makin pudar. Bukan sebab rase macam membazir tapi rase macam berdosa sangat kalau Nena pergi. Mane taknya, dah nak jumpa idol sanggup ke tinggalkan stadium tu untuk pergi solat? Ingat syaitan nak biarkan je, taknak goda? Peluang depan mata tu. Kau ingat dia bodoh macam kau? Come on dia mesti hasut sampai kau tak pergi solat, lupa pasal tanggungjawab tu. Nena pasti sangat. Tu yang Nena takutkan.

Nena memang ade rase untuk berubah tapi tak untuk tinggalkan kpop. Maksud Nena adalah Nena boleh kurangkan tapi tak tinggalkan. Nena pun tak tahu kenape. Buat mase sekarang Nena kurangkan macam tu jelah macam tak spazzing sampai malam sampai subuh terlajak, tak terlalu memuja kpop macam tampal poster dalam bilik, macam tu je lah. InsyaAllah Nena akan cuba berubah sikit demi sedikit. Buat mase ni Nena masih belum bersedia nak buang gambar gambar bias Nena, lagu lagu dan segala bagai tentang kpop. Nena tahu pengorbanan ni akan memberi pelaburan untuk Nena dimase akan datang. Tapi Nena belum bersedia. Memang rase bersalah dalam diri ni ade, Nena ni tau berfangirling je. Ape pun tak boleh.

Nena harap Nena boleh berubah ke arah yang lebih baik. Dan Nena jugak harap Kpoppers lain tidak terlalu leka dengan dunia kpop ni. Kalau nak bace pasal 'dia' yang telah berubah ni boleh bace kasini. Seronok bila bace, memberi keinsafan. Mengajar kita mencari siapa diri kita. Harap anda semua dapat terus beribadah kepada Allah, sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah. Bye~ Assalamualaikum .

0 comment[s] | back to top